KRITERIA PEMBANGUNAN DALAM ISLAM
10.4.1 Pembangunan Madani
Pembangunan madani atau fizikal perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam syariat Islam, iaitu al-Quran dan hadis dan dalam kajian, analisis,
tulisan, ijtihad, qias atau ijmak ulama. Kriteria yang digariskan oleh Islam tersebut adalah seperti berikut:
(a) Memelihara atau menjaga dharuriat atau keperluan yang kritikal dan perlu di- utamakan. Dharuriat boleh melibatkan lima perkara, iaitu:
- Agama—pembangunan madani perlu dipastikan bahawa ia tidak menggugat- kan kesucian agama Islam yang bersifat komprehensif dan universal.
- Tanah air—pembangunan madani tidak memudaratkan keselamatan
- negara dan tidak menjejaskan ekonomi negara sebagai tanda kedaulatan negara pada era moden ini.
- Nyawa—pembangunan madani tidak memudaratkan nyawa individu atau orang a warn.
- Akal—pembangunan madani tidak menjejaskan kewarasan akal. Kesan pembangunan negatif seperti penyebaran dan penggunaan pil ectasy, penyalahgunaan dadah dan pembudayaan minuman keras menggugatkan kesejahteraan akal.
- Keturunan—pembangunan madani tidak mengundang dosa- dosa perzinaan dan kelahiran bayi tanpa proses perkahwinan dan persenyawaan yang sah di sisi Islam.
3. Pembangunan yang mesra sumber alam mencakupi aspek-aspek seperti berikut:
- Pengunaan sumber yang terancang dan optimum.
- Produk sampingan daripada lebihan sumber yang telah digunakan.
- Mengelakkan penghasilan poduk yang berlebihan atau membazir.
- Mewujudkan sistem kitaran yang efektif supaya bahan buangan boleh digunakan semula.
4. Pembangunan yang mesra alam seperti:
(a) Tidak menjejaskan ekosistemdengan mengambil langkah seperti tanam semula, konsep pembangunan kota dalam taman dan sebagainya.
(b) Mengambil kira lokasi yang sesuai seperti jauh daripada sumber air, hutan simpanan dan perumahan.
(c) Melupuskan buangan sisa toksik secara terancang dan mesra alam.
(d) Mengutamakan penggunaan bahan-bahan semula jadi dan mengu- rangkan penggunaan bahan-bahan kimia, toksik dan sebagainya.
(e) Tidak mencemarkan udara.
5. Pembangunan madani yang menggandingkan aspek kerohanian yang ter- sirat dan dalam bentuk inisiatifberterusan kerajaan seperti yangdinyatakan sebelum ini.
6. Wujud keseimbangan antara pembangunan madani sebagai kemudahan atau keperluan dengan pembangunan insani sebagai pengguna atau penerima manfaat pembangunan madani.
7. Pelbagai sektor pembangunan madani perlu memenuhi semua aspek kehidupan manusia seperti pendidikan, ekonomi dan sosial. Ia perlu diasaskan pada keutamaan keperluan dan tuntutan masyarakat Islam.
8. Sektor pertanian sebagai salah satu aspek terpenting kegiatan ekonomi perlu diberikan perhatian serius kerana sektor ini merupakan perkara yang sangat kritikal untuk kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat jelata.
9. Pembangunan madani perlu berwawasan dan melihat jauh ke hadapan supaya suatu pembangunan tersebut memberikan manfaat untuk jangka yang panjang dan berterusan.
10. Pembangunan madani tidak memusnahkan kehidupan jama' i yang dituntut dalam Islam. Kesan pembangunan fizikal di Barat menyebabkan manusia Barat lebih suka menyendiri, bersikap keakuan dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment