Monday, 8 May 2017

10.4.4 PEMBANGUNAN ILMU ISLAM

PEMBANGUNAN ILMU ISLAM


Pembangunan ilmu Islam termasuk sains dan teknologi perlu mengikut kriteria yang digariskan oleh Islam dan telah dipraktiskan dalam pembinaan Tamadun Islam yang lampau sebagai role model. Antara kriteria tersebut adalah:
  1.  Pemindahan ilmu daripada tamadun asing dan dibangunkan di atas prinsip kebudayaan tempatan. Pada zaman Tamadun Islam lampau, pemindahan ilmu berlaku dalam bentuk membawa pelbagai manuskrip asing dan penterjemahannya.
  2.    Seterusnya, pelbagai ilmu dikembangkan daripada kajian terhadap manuskrip itu dan ia diberikan nafas keislaman. Proses yang hampir sama berlaku dalam Tamadun Barat. Barat memindahkan pelbagai disiplin Islam kepada tamadun ilmu Barat dengan membuang aspek-aspek keislaman iaitu akidah, syariat dan akhlak.
  3.    Pembangunan ilmu yang sedia wujud dalam kebudayaan sendiri mengikut keperluan semasa. Dalam sejarah Tamadun Islam lampau juga ilmu yang sedia wujud dalam paradigma Islam terutama sains sosial dikembangkan melalui proses pengajaran-pembelajaran, penyelidikan, perbahasan dan pembukuan.


Image result for pembangunan ilmu islam

No comments:

Post a Comment